Wednesday, June 9, 2010

HAK MANUSIA UNTUK MENIKMATI ALAM SEKITAR YANG SELAMAT

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, CAP telah memerhatikan bahawa keadaan alam sekitar yang serius di negara ini telah membawa kepada peningkatan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai keperluan untak memulihara dan melindungi alam sekitar.

Walaupun berada dalam keadaan terbatas, mereka berjuang untuk mempertahankan hak mereka dan menggunakan saluran undang-undang. Di bawah ini diterangkan mengenai apa yang dimaksudkan di atas.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:

Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak memperuntukkan secara jelas mengenai hak warganegara kepada alam sekitar yang selamat, sihat dan berekologi.

Namun, hak seperti itu tersirat di bawah Artikel 5 yang dikaitkan dengan hak untuk hidup dan kebebasan. (Artikel 5 (1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan "Tiada siapa pun yang boleh dinafikan haknya untuk hidup atau menikmati kebebasan hidupnya yang dilindungi di bawah undang-undang".)

Di India, dalam kes Dehra Doon Valley, pada tahun 1983 Mahkamah Agungnya menggunakan pendekatan yang imaginatif apabila mereka menafsirkan "hak untuk hidup" itu sebagai mengkehendaki alam sekitar yang menyihatkan. Kes ini melibatkan operasi kuari yang menimbulkan kesan alam sekitar yang buruk terhadap penduduk di Dehra Doon.

Dalam satu keputusan yang membawa kejayaan pada tahun 1986, Mahkamah Agung India dalam kes Olga Iwn Bombay Municipal Corporation, mengembangkan konsep hak untuk hidup kepada hak untuk sara hudup.

Berdasarkan tafsiran Mahkamah Agung India di atas, adalah berkemungkinan untuk berhujah bahawa Artikel 5 Perlembagaan Malaysia secara tersirat atau tidak langsung memperakui hak setiap warganegara untuk mendapatkan kehidupan alam sekitar yang selamat, sihat dan berteknologi. Untuk apakah hidup ini jika tidak dapat hidup dan tidak ada jaminan untuk menyara kehidupan?

No comments:

Post a Comment