Saturday, December 18, 2010

GENTING HIGHLANDS









Gambar semasa aku pergi jalan2 kat Genting Pada 4 Julai 2010, Pada hari tu hujan jadi tak dapat la nak main outdoor.

Hot Tips.
You should wear your waterproof wristband at all times to enjoy the Theme Park's attractions.
Ensure that you keep your wristband on if you want to leave the park and return
on the same day. No entry is permitted into Outdoor Theme Park without wristband or with damaged wristband. Children below the height of 90cm will not be charged admission fees, except for certain First World Indoor Theme Park rides*.


PELABURAN EMAS VS ASB

Tahukah Anda,
Kebanyakan dari kita beranggapan bahawa pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dan amat menguntungkan. BETUL KE?
bila ada duit je, semuanya kita laburkan kat ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM 800-RM1000! memang untung..
Akan tetapi, tahukah Anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, Anda percaya? Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?
Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah lama wujud. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.
Tahukah Anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.
Bagaimana?
Tahukah Anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh Anda perolehi adalah dalam 10% setahun.
Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu Anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!
Bagaimana hendak melabur dengan emas?
Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan Anda.Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh Anda.

Jika Anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut , sila layari web www.publicgold.com.my

saya dapat ilham membuat perbandingan untuk memudahkan anda semua bandingkan perolehan keuntungan emas dengan ASB.
Kenapa saya bandingkan dengan ASB? Tujuannya kerana ASB merupakan choice utama kita terutamanya di kalangan bumiputera melabur untuk masa depan. contoh perbandingan ini saya mengandaikan jika kita menggunakan modal RM10,000 untuk kedua-dua pelaburan ini.
Perbandingan;
1. Anda hanya akan mendapat pulangan maksimum ASB jika anda tidak WITHDRAW duit ini dari akaun. Jika anda withdraw maka perolehan untung semakin bekurang.
2. Berbanding dengan emas, walaupun anda menukar dalam bentuk cash e.g pegi ke Ar-Rahnu harga emas tetap naik. Even setelah anda tebus balik emas tersebut harga emas anda tetap akan naik. =)
3. Keuntungan ASB semakin hari semakin susut. Dulu memang benar pulangan konsisten 10% tapi sekarang 7% dah menjadi lumrah atau dalam englishnya the highest that you can get..
4. Berbanding dengan kenaikan harga emas.. Secara purata kenaikan adalah dalam lingkungan 20-30% setahun. Data harga kijang emas sebagai rujukan. Data diperoleh daripada BNM Statistics.

Andaikan anda membeli 100 gram pada tahun 2001:
Tahun 2001 – RM3,600
Tahun 2002 – RM4,460
Tahun 2003 – RM5,395
Tahun 2004 – RM5,678
Tahun 2005 – RM6,614
Tahun 2006 – RM7,611
Tahun 2007 – RM9,492
Tahun 2008 – RM10,289
Tahun 2009 – RM12,547
Tahun 2010 – RM14,087
5. Anda rasa selamat jika letak duit dalam ASB? Fikir sekali lagi.. Kita sebenarnya di rompak oleh inflasi.. Kadar kenaikan inflasi di Malaysia dalam lingkungan 2-3% setahun. Bermaksud kuasa beli semakin berkurang. Contoh paling senang nak bagi anda faham, assume dividen kita setiap tahun dalam RM800..
Kuasa beli RM800 pada tahun 2001 adalah lebih banyak e.g pada masa tu harga barang murah, minyak murah dll.. Kuasa dividen yang sama kita dapat RM800 pada tahun ini 2010.. Agak-agak sama tak kuasa beli dengan tahun 2001, 2002, 2003 dan seterusnya? Yup, anda dah geleng kepala menandakan anda setuju dan faham dengan statement saya. Terima kasih! =)
Kesimpulan:
Emas yang sama seberat 100 gram dibeli tahun 2001, setelah 9 tahun berat yang sama tapi value nya yang sungguh berbeza dan menakjubkan.. So, dah nampak kenapa sangat best simpan aset dalam emas? =)

Saya tidak melarang sahabat dari melabur dalam ASB tetapi mempelbagaikan bentuk pelaburan adalah lagi baik.

Ilmu dah ada, tindakan seterusnya yang paling penting. Buatlah yang terbaik untuk masa depan kita dan keluarga.

Friday, June 11, 2010

Atasi HUTANG dengan perancangan kewangan

Masalah tanggungan hutang dan kegagalan mengurus kredit dengan baik sebenarnya bukan hanya dihadapi oleh penjawat awam bahkan juga kepada tidak kurang daripada 1.72 juta orang melayu yang telah dewasa dan pencari pendapatan yang aktif di Malaysia. Kakitangan awam amat bernasib baik kerana jaminan pendapatan tetap dan majikan iaitu kerajaan yang tentunya teguh sudah pasti memudahkan mereka mendapat pinjaman dari semua arah. Tidak semua rakyat Malaysia khususnya orang melayu memperolehi kemudahan ini. Kerana wujudnya kemudahan sedemikian rupa, ada di antara penjawat awam ini yang telah menyalahgunakan bukti pendapatan mereka itu untuk memperolehi wang pinjaman. Tetapi perkara sedemikian tidak dapat dielakkan dalam sesetengah perkara. Tuntutan keperluan semasa, kenaikan harga barangan, tanggungan hutang, kecemasan, pendidikan anak-anak dan lain-lain lagi telah memaksa mereka mengambil jalan mudah dengan meminjam seboleh-bolehnya tanpa mengira akibatnya.

Persoalannya di sini adalah apakah terdapat jalan penyelesaiannya? Jawapannya sudah tentu ada. Terdapat dua cara mengatasi masalah ini. Satu adalah menerusi penyelesaian mikro manakala cara lainnya adalah berbentuk makro iaitu dengan kerjasama kerajaan. Bagaimanapun pada kali ini penyelesaian secara mikro iaitu penglibatan individu-individu yang di dalam kategori ”masalah” sahaja yang akan diketengahkan. Sekiranya terdapat minat untuk mencari penyelesaian makro, perkara ini boleh diterangkan dengan lebih lanjut lagi. Bagaimanakah penyelesaian mikro atau berkaitan individu ini? Jawapannya adalah menerusi kreativiti dan inovasi perancangan kewangan.

Apakah itu perancangan kewangan? Perancangan Kewangan adalah satu proses di mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh. Secara ringkasnya ia adalah ”personal corporate finance”. Ia merupakan suatu ilmu dan industri yang terpenting dalam kehidupan.

Rakyat Malaysia pada dasarnya masih tidak diberi pendedahan secukupnya mengenai perkara ini. Benar, separuh daripada manusia terkaya di dunia adalah perancang kewangan. Nama-nama seperti Warren Buffet (pemilik AIG Group) orang kedua terkaya di dunia dan keluarga Waltons (asasnya pemilik Wal-Mart)di mana 4 orang ahli kelurganya adalah antara 10 terkaya di dunia pada amnya adalah perancang kewangan yang boleh dijadikan contoh. Tujuh aspek utama dalam perancangan kewangan adalah meliputi aliran tunai, perbankan, hartanah, saham/ekuiti, insurans, cukai dan peninggalan harta (estate planning).

Asas perancangan kewangan adalah simpanan. Dengan adanya simpanan, seseorang itu boleh membentuk “platform” dengan mudah. Bagaimanapun tidak semua orang mempunyai tabiat menyimpan yang baik. Oleh itu cara alternatif yang boleh digunakan adalah dengan meminjam. Dengan kecairan yang tinggi dan kadar faedah yang rendah sekarang ini, bank adalah opsyen yang mudah dan murah bagi membentuk “platform” atau dengan kata lain, modal, bagi memulakan langkah merancang kewangan. Penubuhan platfom (modal) merupakan tunggak kepada perancangan kewangan yang menyeluruh.

Bagaimanapun, untuk menubuhkan sebuah platfom yang baik menerusi meminjam (leveraging) seseorang itu perlu mengetahui beberapa prinsip asas pengurusan kredit. Pada dasarnya platform boleh dibentuk daripada 3 sumber pendapatan, samada menerusi simpanan sendiri (tunai), pemberian (pinjaman) keluarga dan cara kebiasaan yang ramai menggunakannya yakni menerusi pinjaman daripada institusi kewangan. Manakala melalui pinjaman ini pula, individu boleh memperolehinya menerusi 3 cara juga iaitu, pinjaman peribadi, overdraf (tanpa cagaran) dan pinjaman tetap(kebiasaannya pinjaman perumahan).

Bagi individu yang ingin membina paltfom melalui cara meminjam (leveraging) ini, mereka harus memahami pengiraan kadar faedah. Sesebuah pinjaman itu terbahagi kepada 2 yang merangkumi pokok (prinsipal) dan faedah (interest). Pokok harus dibayar, tiada cara lain. Tetapi faedah boleh dielak sekiranya kita mengetahui cara pengiraannya. Terdapat 4 jenis pengiraan faedah iaitu, kadar tetap(flat rate), kebiasaannya untuk pembelian kereta atau pinjaman peribadi, kadar tahunan (yearly rests), kadar ini digunakan untuk sesetengah pembelian konsumer, kadar bulanan (monthly rests) untuk pembelian rumah(pinjaman perumahan kerajaan dan swasta) dan kadar harian (daily rests) yang digunakan untuk kemudahan overdraf dan sesetengah pinjaman perumahan swasta. Kadar faedah yang menguntungkan kita adalah kadar harian (daily rests). Ini adalah kiranya kadar sebenar (effective rate) untuk pengiraan kadar harian adalah yang paling murah.

Bagaimanpun sebelum seseorang itu meminjam persoalan pertama yang harus dijawab adalah bagaimana hendak membayarnya? Menerusi kreativiti perancangan kewangan, modal menerusi pinjaman untuk pembentukan platfom terlebih dahulu dilaburkan ke dalam alat pelaburan yang memberi pulangan serta boleh disandarkan untuk mendapatkan kemudahan overdraf. Dengan cara ini, pulangan menerusi pelaburan dengan hanya pulangan (anggaran) 8% setahun dikompaunkan untuk 8 tahun, cukup untuk membayar pinjaman tanpa perlu membayarnya. Kemudahan Overdraf boleh digunakan sebagai platfom.

Setelah pembentukan platfom (modal) ini, seseorang itu boleh melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:-

* Menyelesai/mengurangkan hutang
* Untuk memenuhi keperluan tuntutan semasa.
* Penyediaan tabungan kecemasan
* Keperluan pendidikan anak-anak.
* Melawan kenaikan harga/inflasi.
* Penyediaan menghadapi persaraan.


Adalah salah jika anda diberitahu bahawa berhutang itu bagus. Hidup akan lebih bermakna dan mudah jika kita tiada bebanan hutang. Bagaimanapun masalahnya adalah mampukah kita membayar pembelian kita seperti membeli kereta, rumah dan lain-lain perbelanjaan yang mahal dengan tunai? Perancangan kewangan yang berjaya akan membolehkan kita melabur dan merancang tanggungan hutang kita dengan sempurna. Hasilnya nanti akan membolehkan kita membentuk kekayaan.
Bagaimanapun ramai antara kita gagal mengumpul kekayaan disebabkan oleh masalah hutang. Dalam budaya meminjam khususnya di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia ini, jika boleh mereka tidak mahu meminjam, jika meminjam pula mereka tak mahu bayar. Ini merupakan satu sikap yang salah. Sepatutnya kita harus mempunyai sikap, jika perlu berhutang, hutang harus diselesaikan dengan segera. Kegagalan memenuhi faktor ini dan mengurus hutang dengan baik telah menyebabkan ramai orang tersungkur sebelum sempat memulakan langkah pertama membina kekayaan. Kebebasan kewangan pada asasnya adalah bebas daripada hutang.

Wednesday, June 9, 2010

HAK MANUSIA UNTUK MENIKMATI ALAM SEKITAR YANG SELAMAT

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, CAP telah memerhatikan bahawa keadaan alam sekitar yang serius di negara ini telah membawa kepada peningkatan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai keperluan untak memulihara dan melindungi alam sekitar.

Walaupun berada dalam keadaan terbatas, mereka berjuang untuk mempertahankan hak mereka dan menggunakan saluran undang-undang. Di bawah ini diterangkan mengenai apa yang dimaksudkan di atas.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:

Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak memperuntukkan secara jelas mengenai hak warganegara kepada alam sekitar yang selamat, sihat dan berekologi.

Namun, hak seperti itu tersirat di bawah Artikel 5 yang dikaitkan dengan hak untuk hidup dan kebebasan. (Artikel 5 (1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan "Tiada siapa pun yang boleh dinafikan haknya untuk hidup atau menikmati kebebasan hidupnya yang dilindungi di bawah undang-undang".)

Di India, dalam kes Dehra Doon Valley, pada tahun 1983 Mahkamah Agungnya menggunakan pendekatan yang imaginatif apabila mereka menafsirkan "hak untuk hidup" itu sebagai mengkehendaki alam sekitar yang menyihatkan. Kes ini melibatkan operasi kuari yang menimbulkan kesan alam sekitar yang buruk terhadap penduduk di Dehra Doon.

Dalam satu keputusan yang membawa kejayaan pada tahun 1986, Mahkamah Agung India dalam kes Olga Iwn Bombay Municipal Corporation, mengembangkan konsep hak untuk hidup kepada hak untuk sara hudup.

Berdasarkan tafsiran Mahkamah Agung India di atas, adalah berkemungkinan untuk berhujah bahawa Artikel 5 Perlembagaan Malaysia secara tersirat atau tidak langsung memperakui hak setiap warganegara untuk mendapatkan kehidupan alam sekitar yang selamat, sihat dan berteknologi. Untuk apakah hidup ini jika tidak dapat hidup dan tidak ada jaminan untuk menyara kehidupan?

Tekanan Mental Dan Pekerjaan TEKANAN KERJA

Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.

Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

PUNCA-PUNCA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA

Jenis Pekerjaan

Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

Peranan dan Fungsi Pekerjaan

Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya

Perhubungan

Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

Kerjaya

Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan Dalam Organisasi

Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja


7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

  • Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda

  • Bersikap positif semasa melakukan kerja

  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda

  • Merasa seronok bekerja

Rancang Kerja Anda

  • Kendali masa anda dengan bijak

  • Beri keutamaan pada kerja yang penting

  • Jangan bertangguh

  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah

  • Mengagihkan kerja dengan baik

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

  • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik

  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya

  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian

  • Ambil tindakan secara wajar

Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja

  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku

  • Rancang perubahan secara teratur

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)

  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas

  • Hormati pandangan rakan sekerja anda

Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja

  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja

  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah

  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar

  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

Amalkan cara Hidup Sihat

  • Luangkan masa untuk beribadah

  • Dapatkan tidur yang mencukupi

  • Bersenam selalu

  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan

  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah

  • Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama


ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL ?

Tanda-tanda tekanan mental

  • Bersikap ganas (Panas Baran)

  • Gelisah

  • Gangguan selera makan

  • Gangguan tidur

  • Hilang - tumpuan, motivasi

  • Kemurungan

  • Kerisauan yang berlebihan

  • Kelesuan

  • Mabuk arak

  • Mudah meradang

  • Perasaan bersalah

Kongsi Perasaan Anda

Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan

Kenapa seseorang memendamkan perasaan

* Malu
* Takut menjadi bebanan kepada orang lain
* Terlalu peribadi untuk dibincang
* Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
* Bimbang akan reaksi orang lain
* Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
* Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
* Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja

Bagaimana mengendalikan perasaan anda

* Ketahui perasaan anda
* Luahkan perasaan anda
* Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
* Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain

Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan

* Merasa lega
* Mengurangkan tekanan
* Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
* Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
* Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda

PULAU SIBU
















Inilah tempat terbaru yang aku lawati, dari 5 - 8 Jun 2010 (4D3N),
Disini aku ceritakan sikit tentang pulau yang aku lawati ini.


Di Pulau Sibu, ada banyak kegiatan di luar bilik, memancing sangat popular, Permandangan taman sangat cantik dengan rusa berkeliaran di sana sini . Scuba diving juga merupakan pilihan yang baik, sebahagian daerah ini ditetapkan sebagai Taman Laut pada tahun 1993 untuk pemuliharaan kehidupan laut dalam air sekitarnya. Vegetasi tropis yang subur di Sibu sangat sesuai untuk trekking hutan. Walaupun anda tidak memerlukan peralatan yang serius untuk perjalanan 15-20 minit yang membawa anda dari satu resort yang lain, pembasmi serangga yang baik adalah suatu keperluan.

Pandangan panorama laut yang indah, terumbu karang dan pantai berpasir putih membuat Pulau Sibu tempat khusus, di mana hanya risiko jatuh cinta dengan kehidupan pulau yang indah ini amat tinggi. Selamat bercuti, damai peribadi, menikmati sukan laut atau berehat dengan penuh ketenangan. Selamat Datang!

Monday, May 3, 2010

Pulau Redang







Gambar-gambar semasa bercuti di Pulau Redang pada 20 - 26 Jun 09

Pulau Tioman






Gambar kenangan masa bercuti kat Pulau Tioman pada 24 - 26 Oct. 08

Thursday, April 29, 2010

ASB & Unit Trust , Mana Satu Untung Lebih

Saya ingin berkongsi pendapat berkenaan ASB & Unit Trust kerana ramai orang tertanya-tanya kpd saya, mana satu yang lebih menguntungkan. Untung atau tidak, saya tidak dapat memberi jawapan sebenar kerana untung atau rugi dalam pelaburan, semuanya akan bergantung kepada prestasi sebenar dana pelaburan tersebut.

Tidak ada satu dana pelaburan yang boleh menjamin keuntungan, walaupun kadangkala kita mungkin di-approached oleh ejen unit trust tertentu yang menawarkan kadar pulangan yang lebih tinggi dari yang lain. Seseorang itu boleh mempamerkan past performance & past awards atau Investment Projection 20% setahun sekalipun, namun pada hakikatnya, tiada seorang pun boleh menjamin pelaburan yang dibuat di dalam unit trust akan mendatangkan keuntungan kepada pelanggannya.

Ini kerana dana yang declare dividen tinggi sekarang, tidak semestinya akan declare dividen tinggi selama-lamanya dan begitu juga dana yang declare dividen rendah, tidak semestinya rendah selama-lamanya. Sebab itulah, apabila anda melabur dalam unit trust, ada tercatat pada prospektusnya - "Past Performance does not reflect its Future Performance".

Secara amnya, ramai orang melabur tanpa memahami dana pelaburan yang mereka labur. Mereka tidak faham nature of their investment. Sebagai contoh, antara ASB & Unit Trust - bagaimana ia beroperasi?

Kedua-dua dana ini melibatkan risiko pelaburan, kerana sudah menjadi hukum alam, jika anda mahukan pulangan lebih, maka perlulah ambil risiko pelaburan lebih juga.

Cara ASB beroperasi adalah mudah. Anda masuk RM 1 pada hari ini, nilainya tetap RM 1 pada esok hari. ASB adalah pelaburan yang harga unit sahamnya tidak berubah-ubah. Pulangan dividen diberi dalam bentuk peratusan % dan kadangkala ditambah dengan bonus unit.

Dalam ASB, risiko pelaburan tetap ada, cuma ianya kurang kerana ASB adalah satu-satunya dana pelaburan yang dijamin kerajaan Malaysia. Sebagai contoh, sebelum ini ASB boleh declare dividen 10% setahun tetapi sejak 2-3 tahun lepas, kadar dividen mereka menurun kepada 7%. Ini menunjukkan risiko pelaburan tetap ada.

Bagaimana pula dengan unit trust? Ramai orang melabur dalam unit trust tanpa memahami dana yang dipilihnya dan cara unit trust berfungsi. Sebab itulah kita lihat, sesetengah orang bila sebut pasal unit trust, responsenya - "tak naklah nanti rugi".

Ramai orang terlupa, pelaburan unit trust mempunyai pelbagai jenis dana yang mempunyai profail risiko yang berbeza-beza. Unit trust biasanya terdiri dari dana yang aggresif (sebahagian besar dana dilabur dalam pasaran ekuiti/shares), dana seimbang (sebahagian dilabur dalam ekuiti/shares yang dipelbagaikan) dan dana yang konservatif (sebahagian besar dana dilabur ke pasaran bon dan pelaburan berisiko rendah). Tidak kira dana konvensional mahupun Islamik, biasanya profail risikonya adalah seperti di atas.

Ramai di antara kita melabur ke dalam unit trust tanpa mengikut profail risiko yang bersesuaian dengan dirinya. Anda perlu sedar, setiap orang ada tahap toleransi yang berbeza terhadap risiko pelaburan yang sanggup dia hadapi.

Jika anda seorang yang tidak sanggup menerima risiko kerugian dan hanya ingin melabur duit anda untuk sementara walaupun pada kada pulangan yang rendah, maka pilihlah dana yang konservatif.

Dan sebaliknya, jika anda sanggup menerima risiko kerugian (kehilangan sebahagian modal pelaburan) untuk mendapatkan pulangan tinggi dan mahu melabur dalam jangka panjang, maka pilihlah dana aggresif atau dana seimbang.

Dan jika anda mahu mempelbagaikan pelaburan anda, anda boleh meletakkan sebahagian di dalam dana konservatif dan sebahagian lagi di dana aggresif atau seimbang. Contoh: 30% dalam dana konservatif, 40% dalam dana seimbang dan baki 30% dalam dana aggresif.

Cara unit trust beroperasi juga berlainan dari ASB. Anda labur RM 1 hari ini, esok nilainya boleh menjadi 90 sen atau RM 1.10. Nilai seunitnya akan berubah ubah mengikut prestasi semasa dana.

Unit trust juga biasanya mempunyai 2 harga: buying and selling untuk cover initial service charge syarikat mutual tersebut.
Contoh: Seling price 55.4 sen dan buying price 52.4 sen seunit. Perbezaannya adalah service caj syarikat tersebut.

Rujuk selling price untuk harga saham yg anda beli dan rujuk buying price untuk harga saham yg anda jual semula kpd syarikat mutual.

Melabur dalam unit trust ini ada 2 cara, iaitu melabur secara sekali-gus (lump sum) atau melabur secara berkala (regular savings). Melabur secara regular savings, biasanya untuk tujuan jangka panjang dan anda tidak perlu risau akan harga saham turun naik kerana risiko pelaburan anda sudah dipelbagaikan setiap bulan anda melabur (dollar-cost averaging theory).

Cuma melabur secara lump-sum, samada secara cash mahupun EPF, anda perlu beri perhatian kepada timing : iaitu bila nak beli dan bila nak jual?

Timing ini penting kerana ia boleh menentukan untung atau rugi dalam pelaburan anda. In theory, seseorang itu patut beli semasa saham harga murah dan menjual apabila harga unit sahamnya sudah naik melebihi modal asal + service chargenya.

Contoh: Beli pada selling price 55.4 sen dan buying price pada masa itu adalah 52.4 sen. Apabila ekonomi bertambah baik dan harga unit saham mula naik, contoh buying price 59.5 sen, anda boleh jual semula unit trust anda untuk mendapatkan keuntungan.

Bagaimana pula dengan dividen yang diberi dalam unit trust?

Pulangan biasanya diberi dalam bentuk bonus unit atau cash dividend atau kedua-duanya sekali. Biasanya agihan bonus unit adalah untuk dana yang banyak dilaburkan ke dalam ekuiti/shares. Jadi untuk dana ini, anda perlu kumpul sebanyak mana unit saham pegangan anda. Bagi dana yang banyak dilaburkan ke dalam bon atau sekuriti hutang, anda biasanya akan menerima cash dividen (dalam bentuk sen) untuk pelaburan anda.

Apa terjadi apabila anda menerima dividen berbentuk bonus unit?

Sebenarnya apabila sesebuah dana unit trust declare dividen berbentuk bonus unit, harga unit saham tersebut akan turun sedikit kerana pelarasan dividen tadi. Ini dapat anda lihat dengan jelas di dalam dana aggresif yang memberi bonus unit, contoh 15 unit tambahan untuk setiap 100 unit yang anda pegang. Return pelaburan bukannya 15%, sebaliknya bonus tambahan sahaja yang 15% bagi setiap 100 unit yang dipegang. Harga unit saham akan diselaraskan dengan bonus unit tambahan ini dan akan menyebabkan harga unit saham jatuh sedikit.

Contoh yang kerap berlaku pada hari ni, seseorang ejen unit trust mungkin 'meracun minda' anda dengan menyatakan, dana unit trustnya akan declare dividen 15% tidak lama lagi dan jika anda melabur sekarang, anda akan menerima dividen 15% itu tanpa perlu melabur sehingga 1 tahun. Maka anda pun melabur RM 10,000.

Ya, apabila declare bonus unit 15 unit setiap 100 unit pegangan, memang anda akan terima tambahan 15 unit itu, tetapi nilai pelaburan anda masih lagi kekal pada nilai RM 10,000 kerana harga unit saham sudah pun diselaraskan dengan pemberian bonus unit tambahan itu. Cuma pegangan unit saham anda sahaja bertambah. Nak untung, kena lah anda tunggu sehingga buying price anda naik.

Sebab itulah pada sesetengah orang, timing untuk dia membeli unit trust ini apabila dana tersebut sudah declare dividen atau semasa ekonomi merundum kerana harga unit saham adalah lebih rendah berbanding biasa.

Tips untuk Membeli Unit Trust? - Untuk pelaburan secara lump sum sahaja

1 - Pilih timing yang bersesuaian - beli semasa harga murah dan jual semasa harga mahal

2 - Kenali diri anda dulu - Nak melabur selama berapa tahun? Short/long term? dan sejauh mana tahap toleransi risiko anda? Sejauh mana anda sanggup ambil risiko kerugian semata-mata nak dapatkan pulangan tinggi?

3 - Kenali profail dana pelaburan anda samada ia bersesuai dengan profail risiko anda

4 - Berurusan dengan syarikat yang cekap dan mempunyai rekod pelaburan yang baik. Contoh, Unit saham syarikat mutual swasta perform lebih baik dari syarikat saham amanah negeri.

5 - Semak service caj yang dikenakan oleh syarikat mutual tersebut, samada ianya terlalu tinggi untuk anda. Caj biasanya antara 5%- 7% bagi dana aggresif/equity-based.

Untuk saya menyatakan yang mana satu lebih untung, ASB atau Unit Trust, saya tidak boleh menyatakan sedemikian kerana keputusan sebenar hanya akan diperolehi dari prestasi sebenar dana pelaburan yang anda pilih. Tiada seorang pun boleh menjamin pelaburan yang untung setiap masa tidak kira betapa manisnya mulut ejen tersebut.

Yang pasti, jika anda ingin melabur duit anda, sekurang-kurangnya tetapkan matlamat anda, kenali tahap toleransi anda terhadap risiko pelaburan dan fahami dana pelaburan anda terlebih dulu.

PERANCANGAN PERBELANJAAN

Marilah kita buat satu perancangan kewangan yang mudah tetapi efektif, atau dalam dunia kewangan ia lebih dikenali sebagai Bajet. Topik ini mungkin sudah banyak ditulis sebelum ini tetapi ia amat penting ditekankan sekali lagi di sini kerana tidak ramai rakyat Malaysia yang memilikinya.
Apa itu Bajet?
Bajet hanyalah satu pelan perbelanjaan anda (ha, seronok bukan?). Ya, kebanyakan kita suka berbelanja tetapi tidak ramai yang dapat mengawal perbelanjaan mereka. Bajet adalah satu cara untuk mengimbangi duit yang anda miliki dengan duit yang anda belanjakan. Anda membuat satu perancangan dengan membuat pilihan. Anda putuskan pada apa yang anda akan belanjakan, berapa banyak yang akan dibelanjakan dan berapa banyak yang anda akan simpan.
Pelan anda berdasarkan pada pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan ialah duit yang masuk ke dalam poket anda. Perbelanjaan ialah perkara yang mengambil duit dari poket anda. Oleh kerana pendapatan setiap orang berbeza, pelan anda perlu padan dengan situasi anda (atau poket anda!). Bajet anda diasaskan kepada Matlamat, Keperluan dan Kehendak.
Mari kita lihat beberapa contoh:

MATLAMAT
KEPERLUAN
KEHENDAK
Memiliki sebuah Kereta
Memiliki sebuah Rumah
Berkahwin
Perniagaan sendiri
Memberikan pendidikan yang baik untuk anak
Pencen dengan selesa
Bersedekah
Makan Minum
Tempat Tinggal
Pakaian
Masa berkualiti dengan keluarga
Kereta/Motosikal
Telefon mudah alih
Komputer
Makan malam yang mewah
Banglo seperti-rumah peranginan
Pakaian mahal berjenama
Percutian mahal
Kereta mewah
Telefon canggih yang terkini
Komputer yang tercanggih
Dan lain-lain lagi...

Seperti yang anda boleh lihat di atas, kadang kala sukar untuk membezakan antara Keperluan dan Kehendak. Semakin lama, keperluan asas kita mungkin berkembang lebih daripada makan dan minum, tempat tinggal dan pakaian. Seorang juru jual mungkin akan melakukan kerjanya dengan lebih efektif dengan sebuah kereta (melainkan sistem pengangkutan awam kita amat efisien!). Pada zaman IT masa kini, telefon mudah alih adalah praktikal dan penting (malah murid sekolah juga berpendapat begitu!), begitu juga dengan komputer.
Kita cuma perlu beberapa perkara tetapi Kehendak kita tiada penghujungnya! Sukarkah untuk membezakannya sekarang???
Mengapa Saya Perlu Ada Bajet?
Sesiapa yang ada pendapatan dan perbelanjaan, perlukan bajet. Perancangan boleh membantu anda menggunakan duit untuk mencapai matlamat anda. Anda boleh mempelajari dan melatih kemahiran yang diperlukan untuk membuat bajet. Pelan kewangan ini akan membantu anda mengawal kewangan anda. Anda dapat mengelak daripada masalah kewangan dan capai matlamat anda dengan lebih mudah.
Bagaimana Saya Boleh Mula Membuat Bajet?
Untuk membuat satu perancangan kewangan, senaraikan Pendapatan dan Perbelanjaan Tetap anda, iaitu perbelanjaan yang tidak berubah dari bulan ke bulan, seperti sewa rumah, ansuran rumah dan kereta atau premium insuran. Perbelanjaan yang lain adalah Pemboleh Ubah, iaitu berubah-ubah dari bulan ke bulan, seperti bil air dan elektrik, pakaian atau hiburan.
Kemudian, anda perlu tahu bagaimana anda membelanjakan duit anda sekarang. Anda boleh buat begini dengan menulis apa yang anda beli dan berapa yang anda belanjakan. Ini akan mengambil masa dan usaha tetapi ia bermanafaat kerana, ia akan membantu anda melihat ke mana anda membelanjakan duit anda. Jangan terlalu terkejut dengan apa yang anda pelajari tentang diri anda dan duit anda!
Untuk 30 hari seterusnya, setiap kali anda berbelanja, catatkannya dalam buku perancangan (gunakan Excel spreadsheet, jika anda pandai teknologi), berapa yang anda belanja dan ke mana anda membelanjanya. Apabila anda membayar bil, mengisi minyak kenderaan, pergi menonton wayang, bersedekah/membayar zakat, malah membeli nasi lemak kegemaran anda daripada gerai makcik depan rumah anda, semuanya perlu dicatat.
Di hujung bulan, gunakan kalkulator untuk jumlahkan setiap kolum di bawah carta agar dapat lihat berapa banyak duit yang anda telah belanjakan dalam setiap kolum. Kemudian, jumlahkan semua kolum untuk melihat berapa banyak duit yang anda belanjakan dalam sebulan secara purata. Babitkan anak-anak anda juga kerana latihan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran matematik mereka tetapi, ia juga mendedahkan kepada mereka tentang konsep berbajet (namun satu amaran: mereka akan tahu bila masa yang terbaik untuk meminta permainan baru mereka!).
Bagaimana Saya Hendak Memutuskan Di Mana Untuk Berbelanja?
Dengan melihat semula spreadsheet/carta anda yang sudah siap, anda dapat melihat ke mana duit anda dibelanjakan. Membincangkan carta anda dengan kauselor atau dengan seorang yang anda kenal, yang mengurus duit dengan baik, adalah tindakan yang bijak.
Sebahagian besar duit anda digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, rumah dan pakaian. Semua ini adalah keperluan dan anda akan sentiasa membelanjakan duit padanya untuk hidup tetapi anda boleh memilih berapa banyak yang perlu dibelanjakan. Perbelanjaan lain mungkin termasuk, membeli pakaian baru, pinggan mangkuk baru atau permainan baru untuk anak-anak anda. Ini pula adalah kehendak. Walaupun anda mungkin gemar membelanjakan duit cara ini, sebenarnya anda boleh hidup tanpanya.
Soalan berikut mungkin dapat membantu anda membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan:
  • Perbelanjaan manakah yang tidak boleh dipotong?
  • Berapakah perbelanjaan minimum yang saya perlukan untuk hidup?
  • Perbelanjaan yang mana satu ialah Keperluan dan yang mana satu ialah Kehendak?
  • Apakah yang akan berlaku jika saya menangguhkan beberapa perbelanjaan?
  • Bolehkah saya membeli barang pengganti yang lebih murah?
Sekarang, setelah anda mengkaji carta anda dan membincangkan soalan di atas, anda sudah bersedia untuk membuat bajet peribadi anda. Catatkan berapa banyak duit yang anda perlukan untuk setiap jenis perbelanjaan dalam sebulan. Sebagai contoh: RM300 untuk makan minum, RM100 untuk pengangkutan, RM50 untuk simpanan dan sebagainya.
Cuba tetapkan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Sebagai contoh matlamat jangka pendek: hadkan duit untuk makan minum kepada RM10 sehari, naik bas/LRT daripada memandu ke tempat kerja dan baca surat akhbar (jiran anda) untuk mencari hiburan keluarga secara percuma. Contoh matlamat jangka panjang: simpan RM1,000 untuk membeli peti sejuk baru (model yang jimat tenaga dan mesra alam adalah ideal!), melangsaikan hutang atau mungkin berpindah ke kawasan perumahan baru (atau setengah orang mungkin berkata, balik kampung!)
Bagaimana Saya Dapat Mematuhi Bajet?
Ini adalah bahagian yang mencabar! Ia akan memerlukan latihan dan disiplin diri untuk mematuhi bajet anda. Hanya anda seorang saja yang boleh mematuhi perancangan anda. Di sini ada beberapa cadangan yang boleh membantu anda terus mematahi bajet anda:
  • Bayar bil yang diperlukan terlebih dahulu. Jika boleh, cuba aturkan supaya bil-bil anda tidak perlu dibayar serentak pada hari yang sama.
  • Simpan duit setiap bulan, tidak kira berapa jumlahnya. Anda cuma mahu jadikan ia tabiat.
  • Buat satu senarai sebelum anda pergi membeli-belah. Semasa anda membeli-belah, ingat perbezaan antara keperluan dan kehendak.
  • Buat perancangan terlebih dahulu dan beli barangan ketika ada jualan murah. Membeli-belah di kedai diskaun dan pasar lambak. Kongsi barangan yang boleh digunakan semula dengan keluarga dan rakan.
  • Jauhi daripada kedai atau tempat yang membazirkan duit anda!
  • Pelajari cara-cara menyimpan duit daripada keluarga dan rakan, dan patuhi satu pelan.
  • Rekodkan apa yang anda belanja dan berapa perbelanjaan anda. Jadikannya mudah dan senang untuk dibuat. (Tip: mungkin “buku kecil 555” amat berguna!)
  • Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang anda telah tulis supaya anda boleh lihat jika anda telah mematuhinya.
Bilakah Perlu Saya Ubah Bajet Saya?
Jangan panik atau kecewa jika anda tidak dapat mengikut bajet anda sepenuhnya. Ia mengambil masa dan memerlukan latihan untuk mengubah sebarang tingkah-laku, lebih-lebih lagi tabiat berbelanja! Anda mungkin perlu mengubah bajet anda mengikut perubahan keperluan anda dan keluarga anda. Jika pendapatan anda bertambah atau berkurangan, anda perlu mengubahnya. Yang penting anda mempunyai satu pelan dan anda dapat mengurus kewangan anda.
Akhir sekali, sentiasa ingat untuk Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup”

Thursday, April 22, 2010

Gambar Cuti-cuti Malaysia







































ni semua gambar kenangan masa aku p jalan2 di JB pada 2/4/10- 5/4/10.