Friday, June 11, 2010

Atasi HUTANG dengan perancangan kewangan

Masalah tanggungan hutang dan kegagalan mengurus kredit dengan baik sebenarnya bukan hanya dihadapi oleh penjawat awam bahkan juga kepada tidak kurang daripada 1.72 juta orang melayu yang telah dewasa dan pencari pendapatan yang aktif di Malaysia. Kakitangan awam amat bernasib baik kerana jaminan pendapatan tetap dan majikan iaitu kerajaan yang tentunya teguh sudah pasti memudahkan mereka mendapat pinjaman dari semua arah. Tidak semua rakyat Malaysia khususnya orang melayu memperolehi kemudahan ini. Kerana wujudnya kemudahan sedemikian rupa, ada di antara penjawat awam ini yang telah menyalahgunakan bukti pendapatan mereka itu untuk memperolehi wang pinjaman. Tetapi perkara sedemikian tidak dapat dielakkan dalam sesetengah perkara. Tuntutan keperluan semasa, kenaikan harga barangan, tanggungan hutang, kecemasan, pendidikan anak-anak dan lain-lain lagi telah memaksa mereka mengambil jalan mudah dengan meminjam seboleh-bolehnya tanpa mengira akibatnya.

Persoalannya di sini adalah apakah terdapat jalan penyelesaiannya? Jawapannya sudah tentu ada. Terdapat dua cara mengatasi masalah ini. Satu adalah menerusi penyelesaian mikro manakala cara lainnya adalah berbentuk makro iaitu dengan kerjasama kerajaan. Bagaimanapun pada kali ini penyelesaian secara mikro iaitu penglibatan individu-individu yang di dalam kategori ”masalah” sahaja yang akan diketengahkan. Sekiranya terdapat minat untuk mencari penyelesaian makro, perkara ini boleh diterangkan dengan lebih lanjut lagi. Bagaimanakah penyelesaian mikro atau berkaitan individu ini? Jawapannya adalah menerusi kreativiti dan inovasi perancangan kewangan.

Apakah itu perancangan kewangan? Perancangan Kewangan adalah satu proses di mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh. Secara ringkasnya ia adalah ”personal corporate finance”. Ia merupakan suatu ilmu dan industri yang terpenting dalam kehidupan.

Rakyat Malaysia pada dasarnya masih tidak diberi pendedahan secukupnya mengenai perkara ini. Benar, separuh daripada manusia terkaya di dunia adalah perancang kewangan. Nama-nama seperti Warren Buffet (pemilik AIG Group) orang kedua terkaya di dunia dan keluarga Waltons (asasnya pemilik Wal-Mart)di mana 4 orang ahli kelurganya adalah antara 10 terkaya di dunia pada amnya adalah perancang kewangan yang boleh dijadikan contoh. Tujuh aspek utama dalam perancangan kewangan adalah meliputi aliran tunai, perbankan, hartanah, saham/ekuiti, insurans, cukai dan peninggalan harta (estate planning).

Asas perancangan kewangan adalah simpanan. Dengan adanya simpanan, seseorang itu boleh membentuk “platform” dengan mudah. Bagaimanapun tidak semua orang mempunyai tabiat menyimpan yang baik. Oleh itu cara alternatif yang boleh digunakan adalah dengan meminjam. Dengan kecairan yang tinggi dan kadar faedah yang rendah sekarang ini, bank adalah opsyen yang mudah dan murah bagi membentuk “platform” atau dengan kata lain, modal, bagi memulakan langkah merancang kewangan. Penubuhan platfom (modal) merupakan tunggak kepada perancangan kewangan yang menyeluruh.

Bagaimanapun, untuk menubuhkan sebuah platfom yang baik menerusi meminjam (leveraging) seseorang itu perlu mengetahui beberapa prinsip asas pengurusan kredit. Pada dasarnya platform boleh dibentuk daripada 3 sumber pendapatan, samada menerusi simpanan sendiri (tunai), pemberian (pinjaman) keluarga dan cara kebiasaan yang ramai menggunakannya yakni menerusi pinjaman daripada institusi kewangan. Manakala melalui pinjaman ini pula, individu boleh memperolehinya menerusi 3 cara juga iaitu, pinjaman peribadi, overdraf (tanpa cagaran) dan pinjaman tetap(kebiasaannya pinjaman perumahan).

Bagi individu yang ingin membina paltfom melalui cara meminjam (leveraging) ini, mereka harus memahami pengiraan kadar faedah. Sesebuah pinjaman itu terbahagi kepada 2 yang merangkumi pokok (prinsipal) dan faedah (interest). Pokok harus dibayar, tiada cara lain. Tetapi faedah boleh dielak sekiranya kita mengetahui cara pengiraannya. Terdapat 4 jenis pengiraan faedah iaitu, kadar tetap(flat rate), kebiasaannya untuk pembelian kereta atau pinjaman peribadi, kadar tahunan (yearly rests), kadar ini digunakan untuk sesetengah pembelian konsumer, kadar bulanan (monthly rests) untuk pembelian rumah(pinjaman perumahan kerajaan dan swasta) dan kadar harian (daily rests) yang digunakan untuk kemudahan overdraf dan sesetengah pinjaman perumahan swasta. Kadar faedah yang menguntungkan kita adalah kadar harian (daily rests). Ini adalah kiranya kadar sebenar (effective rate) untuk pengiraan kadar harian adalah yang paling murah.

Bagaimanpun sebelum seseorang itu meminjam persoalan pertama yang harus dijawab adalah bagaimana hendak membayarnya? Menerusi kreativiti perancangan kewangan, modal menerusi pinjaman untuk pembentukan platfom terlebih dahulu dilaburkan ke dalam alat pelaburan yang memberi pulangan serta boleh disandarkan untuk mendapatkan kemudahan overdraf. Dengan cara ini, pulangan menerusi pelaburan dengan hanya pulangan (anggaran) 8% setahun dikompaunkan untuk 8 tahun, cukup untuk membayar pinjaman tanpa perlu membayarnya. Kemudahan Overdraf boleh digunakan sebagai platfom.

Setelah pembentukan platfom (modal) ini, seseorang itu boleh melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:-

* Menyelesai/mengurangkan hutang
* Untuk memenuhi keperluan tuntutan semasa.
* Penyediaan tabungan kecemasan
* Keperluan pendidikan anak-anak.
* Melawan kenaikan harga/inflasi.
* Penyediaan menghadapi persaraan.


Adalah salah jika anda diberitahu bahawa berhutang itu bagus. Hidup akan lebih bermakna dan mudah jika kita tiada bebanan hutang. Bagaimanapun masalahnya adalah mampukah kita membayar pembelian kita seperti membeli kereta, rumah dan lain-lain perbelanjaan yang mahal dengan tunai? Perancangan kewangan yang berjaya akan membolehkan kita melabur dan merancang tanggungan hutang kita dengan sempurna. Hasilnya nanti akan membolehkan kita membentuk kekayaan.
Bagaimanapun ramai antara kita gagal mengumpul kekayaan disebabkan oleh masalah hutang. Dalam budaya meminjam khususnya di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia ini, jika boleh mereka tidak mahu meminjam, jika meminjam pula mereka tak mahu bayar. Ini merupakan satu sikap yang salah. Sepatutnya kita harus mempunyai sikap, jika perlu berhutang, hutang harus diselesaikan dengan segera. Kegagalan memenuhi faktor ini dan mengurus hutang dengan baik telah menyebabkan ramai orang tersungkur sebelum sempat memulakan langkah pertama membina kekayaan. Kebebasan kewangan pada asasnya adalah bebas daripada hutang.

Wednesday, June 9, 2010

HAK MANUSIA UNTUK MENIKMATI ALAM SEKITAR YANG SELAMAT

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, CAP telah memerhatikan bahawa keadaan alam sekitar yang serius di negara ini telah membawa kepada peningkatan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai keperluan untak memulihara dan melindungi alam sekitar.

Walaupun berada dalam keadaan terbatas, mereka berjuang untuk mempertahankan hak mereka dan menggunakan saluran undang-undang. Di bawah ini diterangkan mengenai apa yang dimaksudkan di atas.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:

Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak memperuntukkan secara jelas mengenai hak warganegara kepada alam sekitar yang selamat, sihat dan berekologi.

Namun, hak seperti itu tersirat di bawah Artikel 5 yang dikaitkan dengan hak untuk hidup dan kebebasan. (Artikel 5 (1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan "Tiada siapa pun yang boleh dinafikan haknya untuk hidup atau menikmati kebebasan hidupnya yang dilindungi di bawah undang-undang".)

Di India, dalam kes Dehra Doon Valley, pada tahun 1983 Mahkamah Agungnya menggunakan pendekatan yang imaginatif apabila mereka menafsirkan "hak untuk hidup" itu sebagai mengkehendaki alam sekitar yang menyihatkan. Kes ini melibatkan operasi kuari yang menimbulkan kesan alam sekitar yang buruk terhadap penduduk di Dehra Doon.

Dalam satu keputusan yang membawa kejayaan pada tahun 1986, Mahkamah Agung India dalam kes Olga Iwn Bombay Municipal Corporation, mengembangkan konsep hak untuk hidup kepada hak untuk sara hudup.

Berdasarkan tafsiran Mahkamah Agung India di atas, adalah berkemungkinan untuk berhujah bahawa Artikel 5 Perlembagaan Malaysia secara tersirat atau tidak langsung memperakui hak setiap warganegara untuk mendapatkan kehidupan alam sekitar yang selamat, sihat dan berteknologi. Untuk apakah hidup ini jika tidak dapat hidup dan tidak ada jaminan untuk menyara kehidupan?

Tekanan Mental Dan Pekerjaan TEKANAN KERJA

Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.

Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

PUNCA-PUNCA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA

Jenis Pekerjaan

Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

Peranan dan Fungsi Pekerjaan

Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya

Perhubungan

Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

Kerjaya

Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan Dalam Organisasi

Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja


7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

  • Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda

  • Bersikap positif semasa melakukan kerja

  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda

  • Merasa seronok bekerja

Rancang Kerja Anda

  • Kendali masa anda dengan bijak

  • Beri keutamaan pada kerja yang penting

  • Jangan bertangguh

  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah

  • Mengagihkan kerja dengan baik

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

  • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik

  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya

  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian

  • Ambil tindakan secara wajar

Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja

  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku

  • Rancang perubahan secara teratur

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)

  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas

  • Hormati pandangan rakan sekerja anda

Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja

  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja

  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah

  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar

  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

Amalkan cara Hidup Sihat

  • Luangkan masa untuk beribadah

  • Dapatkan tidur yang mencukupi

  • Bersenam selalu

  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan

  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah

  • Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama


ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL ?

Tanda-tanda tekanan mental

  • Bersikap ganas (Panas Baran)

  • Gelisah

  • Gangguan selera makan

  • Gangguan tidur

  • Hilang - tumpuan, motivasi

  • Kemurungan

  • Kerisauan yang berlebihan

  • Kelesuan

  • Mabuk arak

  • Mudah meradang

  • Perasaan bersalah

Kongsi Perasaan Anda

Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan

Kenapa seseorang memendamkan perasaan

* Malu
* Takut menjadi bebanan kepada orang lain
* Terlalu peribadi untuk dibincang
* Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
* Bimbang akan reaksi orang lain
* Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
* Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
* Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja

Bagaimana mengendalikan perasaan anda

* Ketahui perasaan anda
* Luahkan perasaan anda
* Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
* Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain

Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan

* Merasa lega
* Mengurangkan tekanan
* Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
* Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
* Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda

PULAU SIBU
















Inilah tempat terbaru yang aku lawati, dari 5 - 8 Jun 2010 (4D3N),
Disini aku ceritakan sikit tentang pulau yang aku lawati ini.


Di Pulau Sibu, ada banyak kegiatan di luar bilik, memancing sangat popular, Permandangan taman sangat cantik dengan rusa berkeliaran di sana sini . Scuba diving juga merupakan pilihan yang baik, sebahagian daerah ini ditetapkan sebagai Taman Laut pada tahun 1993 untuk pemuliharaan kehidupan laut dalam air sekitarnya. Vegetasi tropis yang subur di Sibu sangat sesuai untuk trekking hutan. Walaupun anda tidak memerlukan peralatan yang serius untuk perjalanan 15-20 minit yang membawa anda dari satu resort yang lain, pembasmi serangga yang baik adalah suatu keperluan.

Pandangan panorama laut yang indah, terumbu karang dan pantai berpasir putih membuat Pulau Sibu tempat khusus, di mana hanya risiko jatuh cinta dengan kehidupan pulau yang indah ini amat tinggi. Selamat bercuti, damai peribadi, menikmati sukan laut atau berehat dengan penuh ketenangan. Selamat Datang!