Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

Cataract Surgery (Pembedahan Katarak)

Bagaimana mata membantu anda melihat?

Mata bertindak seperti sebuah kamera dan bersama otak, ia membantu anda untuk melihat benda-benda di sekeliling anda.

Bahagian mata yang diwarnai dikenali sebagai 'iris'.

Di bahagian tengah terdapat pembukaan, iaitu anak mata, yang muncul sebagai lingkaran hitam di dalam iris. Sinaran cahaya yang datang dari sesuatu objek dipancarkan melalui kornea dan anak mata. Saiz anak mata mengawal jumlah cahaya yang memasuki mata.

Di belakang anak mata iala kanta yang memfokus sinaran cahaya tersebut. Sinaran cahaya yang difokus ini jatuh ke atas retina. Retina merupakan cebisan di belakang mata yang peka kepada cahaya dan ianya sama seperti filem di dalam sebuah kamera.

Retina kemudiannya memancarkan imej jelas kepada otak.

Apakah yang membentuk kanta mata biasa?

Kanta biasa terdiri daripada bahagian tengah, iaitu nukelus, yang tertutup di dalam membran nipis yang dipanggil kapsul.

Apa itu katarak?

KATARAK ialah kekaburan kanta di dalam mata anda. Kanta mata yang biasa adalah jelas tetapi menjadi kabur sedikit demi sedikit disebabkan oleh: -
  • Proses penuaan biasa
  • Kecederaan mata atau radang mata
  • Ubat tertentu atau
  • Penyakit tertentu misalnya kencing manis

Bagaimana anda tahu bahawa anda mempunyai katarakt?

Katarak biasanya terbentuk dengan perlahan di dalam masa beberapa bulan. Kesannya ke atas penglihatan anda mungkin tidak disedari kerana ia merupakan perubahan yang berperingkat. Katarak menyebabkan kesukaran kepada mata untuk memfokus. Beberapa tanda lain yang menunjukkan kehadiran katarak ialah:

Penglihatan yang kabur, yang tidak pulih walaupun dengan menggunakan kacamata Kesukaran untuk melihat objek dekat dan jauh Kesukaran membaca huruf-huruf kecil
  • Tidak merasa selesa terhadap pancaran cahaya, yang berlaku pada waktu siang mahupun malam
  • Tidak boleh melihat objek jauh sekali lagi, selepas beberapa tahun

Bagaimana anda boleh tahu samada anda mempunyai katarak?

Pakar mata, juga dikenali sebagai pakar oftalmologi, perlu memeriksa mata anda dengan menggunakan lampu belah. Beliau juga akan memeriksa bahagian dalam mata menggunakan oftalmoskop. Pemeriksaan ini akan mengesahkan samada anda mempunyai katarak. Anda juga mungkin diberi nasihat jika anda mempunyai sebarang keadaan mata yang lain, seperti glaukoma.

Bilakah anda harus membuang katarak?

Katarak hanya boleh dibuang melalui pembedahan. Kanta tiruan biasanya diimplan semasa pembedahan, yang akan mengambilalih fungsi memfokus sinaran cahaya. Implan kanta tiruan ini hampir menyerupai kanta mata semulajadi dan merupakan cara yang paling digemari untuk memperbetulkan penglihatan anda buat masa ini. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan di mana kanta tiruan tidak boleh diimplan di dalam mata dengan selamat. Di dalam kes ini, anda mungkin perlu memakai kacamata khas atau kanta lekap untuk membantu anda memfokus.

Apa yang perlu anda lakukan sebelum pembedahan?

  • Anda akan diminta menjalani beberapa ujian sebelum pembedahan untuk memastikan anda cukup sihat untuk menjalani pembedahan. Lengkungan serta panjang mata perlu diukur demi memilih implan kanta tiruan yang sesuai untuk mata anda.
  • Anda mungkin diminta memakai titisan mata untuk dua atau tiga hari sebelum pembedahan.
  • Pada malam sebelum pembedahan, anda harus berhenti daripada mengambil semua makanan dan minuman (termasuk air) selepas tengah malam. Sekiranya anda sedang mengambil ubat selain daripada ubat kencing manis, ambilnya dengan menghirup sedikit air, pada sebelah pagi pembedahan.
  • Sekiranya doktor memberi anda sebarang arahan tambahan, anda harus mengikutinya.
  • Pembedahan akan dijalankan sebagai pesakit luar dan anda tidak perlu tinggal semalaman di hospital.

Apa yang boleh anda jangkakan semasa pembedahan?

Pakar mata akan membedah mata dengan menggunakan peralatan bedah dan mikroskop bedah khas untuk melihat ciri-ciri halus di dalam mata.

Sebelum pembedahan, doktor akan memberi beberapa suntikan penghapus sakit ke kawasan mata supaya tiada kesakitan yang akan dirasa semasa pembedahan. Anda juga mungkin diberikan beberapa ubat sedatif untuk membantu anda merasa mengantuk dan meminimakan sebarang kegairahan yang mungkin anda alami. Titisan mata juga akan digunakan untuk membantu membesarkan anak mata bagi membolehkan doktor melihat di dalam mata.

Akibat daripada ubat tersebut, mata anda akan menjadi kabur, penglihatan anda akan kabur dengan ketara dan anda tidak perlu risau apabila melihat alat bedah menghampiri mata anda. Kakitangan di bilik bedah akan menutup anda dengan kain bersih sebelum pembedahan dimulakan. Pakar mata akan mengenakan alat khas, dikenali sebagai alat retraksi untuk membuka mata anda dan mencegah anda daripada mengelipkan mata anda semasa pembedahan.

Apa yang boleh anda jangkakan semasa pembedahan?

Pakar mata akan membedah mata dengan menggunakan peralatan bedah dan mikroskop bedah khas untuk melihat ciri-ciri halus di dalam mata.

Sebelum pembedahan, doktor akan memberi beberapa suntikan penghapus sakit ke kawasan mata supaya tiada kesakitan yang akan dirasa semasa pembedahan. Anda juga mungkin diberikan beberapa ubat sedatif untuk membantu anda merasa mengantuk dan meminimakan sebarang kegairahan yang mungkin anda alami. Titisan mata juga akan digunakan untuk membantu membesarkan anak mata bagi membolehkan doktor melihat di dalam mata.

Akibat daripada ubat tersebut, mata anda akan menjadi kabur, penglihatan anda akan kabur dengan ketara dan anda tidak perlu risau apabila melihat alat bedah menghampiri mata anda. Kakitangan di bilik bedah akan menutup anda dengan kain bersih sebelum pembedahan dimulakan. Pakar mata akan mengenakan alat khas, dikenali sebagai alat retraksi untuk membuka mata anda dan mencegah anda daripada mengelipkan mata anda semasa pembedahan.

Apa yang boleh anda jangkakan semasa pembedahan?

Semasa pembedahan, suatu pembukaan di buat di dalam mata supaya nukleus dan korteks boleh dikeluarkan. Kapsul kanta ditinggalkan supaya dapat memberi sokongan kepada implan kanta tiruan, setelah itu luka insisi ditutup dengan jahitan halus.

Membuang Katarak

Pakar mata boleh menggunakan salah satu daripada dua cara untuk membuang katarak. Satu cara melibatkan insisi pembedahan yang lebih panjang daripada yang satu lagi. Kebaikan mempunyai insisi lebih kecil ialah tempoh pemulihan yang lebih pendek, walaupun cara ini adalah lebih mahal. Kedua-dua cara tersebut ialah:

Ekstraksi katarak ekstrakapsular

Melalui cara ini. insisi atau potongan bedah, lebih kurang 10mm panjang dibuat pada putih mata di atas iris. Selaput katarak dibuang melalui pembukaan bedah. Kapsul kanta anterior juga dibuang di dalam proses tersebut tetapi kapsul kanta posterior dibiarkan di tempatnya.

Fakomulsifikasi

Pembukaan bedah yang lebih kecil, lebih kurang 4 hingga 5 mm panjang dibuat ke atas mata. Kuar yang kecil, sempit dengan hujung ultrasonik dimasukkan ke dalam kanta. Gelombang ultrasonik yang dikeluarkan daripada kuar ini memecah katarak tersebut kepada kepingan-kepingan kecil. Kapsul kanta anterior juga dikeluarkan di dalam proses tersebut. Kepingan kecil ini kemudiannya dikeluarkan dengan menggunakan peranti sedut kecil.

Mengimplan Lensa Tiruan

Setelah katarak dikeluarkan, dengan salah satu cara di atas, pakar mata kemudiannya memasukkan implan kanta tiruan ke dalam mata. Kanta baru akan kekal di dalam mata untuk selama-lamanya. Implan kanta tersebut dimasukkan ke dalam ruang di antara iris dan kapsul kanta posterior. Ia ditahan di posisinya oleh gelung khas yang merupakan sebahagian daripada rekaan implan kanta tersebut.

Di dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, implan kanta mungkin perlu diposisikan di hadapan iris kerana ketiadaan kapsul kanta posterior atau ianya telah rosak.


Saiz sebenar kanta tiruan

Selepas pembedahan

Pembedahan tersebut akan selesai di dalam masa lebih kurang setengah jam. Walau bagaimanapun, anda akan diminta untuk kekal berada di wad siang hari untuk beberapa jam. Ini bagi memastikan bahawa anda telah pulih sepenuhnya daripada sebarang kesan selepas pemberian penghapus sakit atau sedatif. Tampalan mata dan pelindung mata akan diletakkan di atas mata yang dibedah untuk melindunginya. Kami sarankan supaya anda tidak memandu dengan segera selepas pembedahan dan jika boleh, aturkan seseorang untuk menemani anda pulang. Anda akan diperlukan untuk datang semula ke klinik pada keesokan hari untuk membuka pembalut tersebut.

Apa yang perlu dilakukan selepas pembedahan?

Pakar mata akan menyarankan titisan mata antibiotik dan mungkin akan menyarankan beberapa ubat untuk melegakan rasa sakit. Ambil semua ubat yang disarankan termasuk ubat anda sendiri, jika ada.
  • Anda mungkin akan merasa kurang selesa di mata anda kerana jahitan yang ada, tetapi anda mesti mengelak daripada menggosok mata anda. Pakai pelindung mata anda pada waktu malam untuk dua hingga tiga minggu selepas pembedahan.
  • Elakkan aktiviti fisikal yang berat misalnya berlari-lari anak, berenang, tai-chi. Tugas ringan di dalam rumah, berjalan dekat, menaiki anak tangga yang rendah boleh dilakukan, tetapi berhati-hati
  • Elak daripada membongkok, mengangkat atau membawa objek berat. Apabila mengutip sesuatu daripada lantai, lakukannya dengan menegakkan belakang anda.
  • Elak daripada membongkokkan kepala anda ke bawah untuk mengelak tekanan ke atas mata.
  • Elak daripada membongkok untuk memakai kasut anda. Duduk di bangku dan angkat kaki anda untuk memakai kasut atau dapatkan seseorang untuk memakaikan kasut anda.
  • Elak daripada bersentuhan atau membawa kanak-kanak kerana mereka mungkin akan mencucuk mata anda tanpa sengaja.
  • Elakkan sabun, shampoo dan air daripada memasuki mata anda apabila mencuci muka dan rambut anda pada beberapa minggu pertama. Anda boleh memilih untuk mencuci rambut anda di salon rambut. Sebagai alternatif, anda boleh membeli besen* shampoo untuk mencuci rambut anda dengan membelakangkan kepala anda sedikit seperti di dalam salon rambut.
  • Elak daripada memandu untuk sekurang-kurangnya 6 minggu selepas pembedahan.
    Anda boleh meneruskan pemakanan biasa anda. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan makanan yang kaya dengan serat untuk mengelak daripada mendapat sembelit dan meneran untuk menggerakkan usus.
  • Ambil semua ubat yang disarankan dan pakai titisan mata seperti yang diarah.

* Besen Shampoo Boleh Kembung boleh dibeli dari The HomeCare Place di Hospital Besar Changi, Unit #01-07 pada harga $27.90.

Bagaimana untuk memakai titisan mata yang disarankan?

Ikuti arahan ini apabila memakai titisan mata untuk mencegah jangkitan selepas pembedahan.
  • Cuci tangan anda dengan sabun dan air
  • Kebelakangkan kepala anda
  • Tarik kelopak bawah mata ke bawah
  • Picit satu titisan daripada botol ke dalam mata. Beri penjagaan tambahan supaya hujung botol titisan mata tidak terkena mata
  • Tutup mata untuk beberapa saat
  • Jika jenis titisan mata yang kedua diperlukan, tunggu selama lima minit sebelum memakai titisan kedua.
  • Jangan sentuh hujung botol titisan mata dengan jari anda.

Apa yang perlu anda perhatikan selepas pembedahan?

Pembedahan katarak biasanya adalah suatu prosedur yang agak selamat dan kebanyakan pesakit sembuh dengan memperolehi penglihatan yang baik. Walau bagaimanapun, jangkitan kadang-kala berlaku dan boleh mengakibatkan penglihatan yang kurang baik. Tanda-tanda amaran jangkitan termasuk: -
  • sakit yang bertambah dan kemerahan mata
  • pengeluaran sesuatu daripada mata
  • penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba
  • atau mata menjadi bengkak

Jika anda perasankan tanda-tanda ini anda harus berjumpa doktor mata anda dengan segera. Selepas pembedahan, apabila mata tersebut telah pulih sepenuhnya, kacamata khas mungkin akan disarankan jika perlu.

Soalan-soalan yang kerap dikemukakan.

1. Berapa lamakah implan kanta dapat bertahan?

Implan kanta yang pertama telah dilakukan empat puluh tahun yang lalu dan pesakit tersebut masih berkeadaan baik.

2. Bolehkah semua orang menjalani implan kanta?

Implan adalah selamat dan hampir boleh diimplan ke atas semua orang. Pakar mata anda akan menasihati anda jika implan tidak sesuai untuk anda.

3. Adakah katarak akan tumbuh kembali?

Implan kanta tidak akan menjadi kabur dengan peredaran masa. Walau bagaimanapun kapsul kanta posterior, yang kekal di dalam mata, boleh menjadi kabur dengan peredaran masa. Anda akan sedar akan perkara ini jika penglihatan anda pada mulanya jelas selepas pembedahan tetapi menjadi kabur semula dengan peredaran masa.

Pengkaburan kapsul kanta boleh dirawat dengan menggunakan rawatan laser yang tidak menyakitkan dandilakukan oleh doktor di klinik mata.

4. Apakah masalah yang boleh berlaku semasa pembedahan?

Pembedahan katarak adalah suatu pembedahan yang mudah dan selamat untuk kebanyakan orang. Walau bagaimanpun, seperti semua pembedahan, terdapat peluang kecil masalah akan timbul. Dua jenis masalah utama ialah:
  1. Alahan kepada ubat yang digunakan untuk melegakan sakit
    Sesetengah orang mungkin mempunyai alahan atau mendapat kesan sampingan daripada ubat-ubat ini seperti merasa loya dan muntah, sesak nafas, ruam, muka dan bibir menjadi bengkak dan mungkin mendapat sawan.
  2. Komplikasi pembedahan
    Kemungkinan untuk mendapat jangkitan dengan sebarang pembedahan sentiasa wujud. Jika jangkitan teruk muncul, mata boleh menjadi buta. Masalah lain yang boleh berlaku dan menyebabkan penglihatan menjadi kurang baik ialah pendarahan dan kerosakan kepada kornea atau retina. Ini mungkin memerlukan pembedahan lanjut.

5. Siapakah yang tidak sesuai untuk pembedahan katarak?

Usia sahaja tidak menjadi masalah. Pembedahan katarak telah dilakukan ke atas bayi dan mereka yang berada di dalam lingkungan usia 90an asalkan mereka tidak mempunyai penyakit lain seperti penyakit jantung yang teruk, tekanan darah tinggi yang tidak dikawal dengan baik dan kencing manis. Anda mungkin akan diminta untuk berjumpa doktor anda sendiri bagi mengawal masalah-masalah ini sebelum pembedahan tersebut.

6. Bolehkah saya memakan Udang, Ketam dan Makan Laut Lain selepas Pembedahan?

Tiada batasan makanan selepas pembedahan kecuali anda memang mempunyai alahan kepada makanan laut.

7. Berapa segerakah saya boleh kembali bertugas?

Anda biasanya akan diberi cuti sakit selama 1 bulan. Ini bagi memastikan luka anda telah sembuh dengan secukupnya sebelum anda memulakan tugas biasa anda semula.

8. Adakah jahitan perlu ditanggalkan?

Jahitan boleh dibiarkan di dalam mata bagi kebanyakan kes. Ia hanya perlu ditanggalkan jika.
  • ia menjadi longgar atau putus
  • jangkitan mula merebak ke dalam tisu yang mengelilinginya
  • Ia terlalu ketat

Kami mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang berikut:

Dr Goh Kong Yong [ Ketua dan Konsultan Konsultan, Divisyen Oftalmologi ]
Dr Aliza Jap [ Konsultan, Divisyen Oftalmologi ]
Dr Yap Soo Keong [ Pendaftar Kanan, Divisyen Oftalmologi ]
Dr Ranjana Mathur [ Pendaftar, Divisyen Oftalmologi ]
Karabee Mukherjee [ Teknisyen Oftalmik, Divisyen Oftalmologi ]

Ilustrasi : Dr Choy Mei Yee

Wednesday, June 9, 2010

Tekanan Mental Dan Pekerjaan TEKANAN KERJA

Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.

Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

PUNCA-PUNCA TEKANAN MENTAL DI TEMPAT KERJA

Jenis Pekerjaan

Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

Peranan dan Fungsi Pekerjaan

Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya

Perhubungan

Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

Kerjaya

Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan Dalam Organisasi

Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja


7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN MENTAL

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda

  • Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda

  • Bersikap positif semasa melakukan kerja

  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda

  • Merasa seronok bekerja

Rancang Kerja Anda

  • Kendali masa anda dengan bijak

  • Beri keutamaan pada kerja yang penting

  • Jangan bertangguh

  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah

  • Mengagihkan kerja dengan baik

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

  • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik

  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya

  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian

  • Ambil tindakan secara wajar

Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja

  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku

  • Rancang perubahan secara teratur

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)

  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas

  • Hormati pandangan rakan sekerja anda

Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja

  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja

  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah

  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar

  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

Amalkan cara Hidup Sihat

  • Luangkan masa untuk beribadah

  • Dapatkan tidur yang mencukupi

  • Bersenam selalu

  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan

  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah

  • Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama


ANDA MANGSA TEKANAN MENTAL ?

Tanda-tanda tekanan mental

  • Bersikap ganas (Panas Baran)

  • Gelisah

  • Gangguan selera makan

  • Gangguan tidur

  • Hilang - tumpuan, motivasi

  • Kemurungan

  • Kerisauan yang berlebihan

  • Kelesuan

  • Mabuk arak

  • Mudah meradang

  • Perasaan bersalah

Kongsi Perasaan Anda

Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan

Kenapa seseorang memendamkan perasaan

* Malu
* Takut menjadi bebanan kepada orang lain
* Terlalu peribadi untuk dibincang
* Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
* Bimbang akan reaksi orang lain
* Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
* Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
* Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja

Bagaimana mengendalikan perasaan anda

* Ketahui perasaan anda
* Luahkan perasaan anda
* Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
* Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain

Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan

* Merasa lega
* Mengurangkan tekanan
* Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
* Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
* Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda